'Learning Space @ 24/7’ asalnya dikenali sebagai  Bilik Bacaan 24 jam  telah dinaiktaraf dan ditambah baik untuk kemudahan dan keselesaan warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka. Ruangan ini siap sepenuhnya pada 29 Mei 2019 dan mula dibuka kepenggunaannya pada 10 Jun 2019.

Ruang asal cuma mampu memuatkan 24 orang pada satu masa. Setelah dinaik taraf ruang ini mampu memuatkan seramai 66 orang pada satu masa.

Ruang ini juga telah dilengkapkan dengan hampir 40 ? point elektrik, penghawa dingin dan kemudahan wifi. Kelajuan internet di Kampus Bandaraya Melaka juga telah ditambah kepada 1GB.

Ruang ini boleh digunakan selama  24 jam dan 7 hari seminggu.

Diharap warga kampus UiTMCM KBM dapat menjaga kemudahan ini dan menggunakannya dengan sebaik-mungkin.