Seramai 40 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Paya Rumput bersama 6 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambal belajar ke Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka pada 31 Julai 2019. Tujuan lawatan adalah khusus bagi mempelajari selok belok pengurusan koleksi perpustakaan bermula dari proses perolehan sehingga koleksi dapat dipinjam oleh pengguna perpustakaan.

 

 

Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka telah berbesar hati menerima kunjungan mesra Rektor UiTM Cawangan Melaka pada 22 Julai 2019. Taklimat Perpustakaan telah disampaikan oleh Pn.Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan manakala taklimat hasil lawatan Bengkel Percambahan Fikiran di Penang Digital Library yang telah dihadiri oleh staf perpustakaan pada 15 Julai 2019 telah disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan.

 

 

Pada 18 Julai 2019, Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah mengalu-alukan kunjungan Lawatan Penandarasan dari Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah seramai 20 orang staf yang di ketuai oleh Puan Azizah Khasim, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Kedah. Terima kasih kerana sudi mengunjugi Perpustakaan kami. Semoga ilmu yang di kongsi dapat di manafaatkan bersama.

  

   

Pada 15 - 16 Julai 2019, seramai 15 orang staf dari Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka diketuai Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan telah menyertai Bengkel Percambahan Fikiran dan Lawatan Penandaarasan ke Penang Digital Library, Pulau Pinang dan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang. Perkongsian maklumat telah di sampaikan oleh Mr. Shanker Tamarasan, IT Officer, Penang Digital Library dan  Encik Izwan, Pustakawan Kanan. 

Jutaan terima kasih di ucapkan di atas kerjasama dan kesudian kerana menerima kunjungan kami dan bertukar-tukar pendapat serta maklumat. Semoga ilmu dan maklumat yang di perolehi dapat di manafaatkan bersama, khususnya untuk pembangungan Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.