Perpustakaan Kampus Alor Gajah, Melaka

  • Ditubuhkan pada 15 Ogos 1984 dan terletak di kampus utama di Jalan Hang Tuah, Melaka
  • Perpustakaan telah berpindah ke bangunan tetap yang terletak di Kampus Alor Gajah pada bulan Oktober 1999
  • Seramai 1600 orang pembaca boleh ditempatkan di perpustakaan dalam satu masa dan 390 orang di Ruang Diskusi

Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka (PSKBM)

  • Pusat Sumber UiTM Kampus Bandaraya Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12 Bangunan Graha Jaya, Jalan Hang Tuah, Melaka
  • Pusat Sumber Tingkat 12 mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007, manakala tingkat 1 mula beroperasi pada Ogos 2007
  • Pusat Sumber ini mampu menyediakan tempat duduk bagi 414 orang pengguna pada satu masa. Koleksi bahan rujukan yang disediakan adalah bertepatan dengan subjek-subjek yang ditawarkan

 Perpustakaan UiTM Kampus Jasin, Melaka

  • Perpustakaan UiTM (Melaka) Kampus Jasin terletak di tengah-tengah  Kampus UiTM (Melaka)  Kampus Jasin, Jalan Seri Mendapat, Jasin Melaka  dan sangat mudah diakses oleh warga UiTM KJM dan dan  mula beroperasi  pada 3 Februari 2014.
  • Perpustakaan UiTM (Melaka) Kampus Jasin   ini  mempunyai 3 aras dan mampu menyediakan  tempat duduk sebanyak 954  orang pengguna dalam satu-satu masa