Perpustakaan menawarkan kepada individu atau institusi (kerajaan dan swasta) yang berminat untuk menjadi ahli perpustakaan. Keahlian luar adalah berdasarkan kepada kategori yang ditetapkan dan dikenakan yuran keahlian perpustakaan seperti berikut:

Syarat-syarat permohonan dan kemudahan menjadi ahli luar adalah seperti berikut:

  • Isi Borang Data Pelanggan (Keahlian Luar) dan kepilkan gambar bersaiz pasport. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan .
  • Pelanggan perlu mengemukakan bukti sokongan seperti kad pesara, kad UiTM (Alumni) atau sebarang salinan dokumen pengesahan tamat belajar atau kad staf organisasi masing-masing.
  • Bayaran yuran keahlian perpustakaan perlu dijelaskan melalui bayaran secara online / pindahan wang ke Akaun Bank Islam, bernombor : 04024010017652 atau
  • Bayaran di Kaunter Pengurusan Akaun Amanah, Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
  • Resit pembayaran daripada pihak Bendahari atau slip bayaran secara online hendaklah ditunjukkan kepada staf di kaunter perkhidmatan pelanggan semasa pendaftaran keahlian.
  • Kad keahlian akan dibuat setelah bayaran dijelaskan (1 hari waktu bekerja)
  • Pelanggan akan dimaklumkan apabila kad keahlian telah siap dan boleh dituntut di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka
  • Kemudahan yang dibenarkan adalah untuk membuat rujukan dan pinjaman (untuk ahli yang membayar wang cagaran sahaja)
  • Semua ahli luar dibenarkan membuat rujukan dan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan (semua lokasi Perpustakaan di Melaka)
  • Setiap ahli luar bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Perpustakaan sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad keahlian.
  • Semua ahli luar adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Perpustakaan dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang dipinjam.
  • Ahli luar yang berdaftar di Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka boleh membuat rujukan sahaja di kampus cawangan dan perlu menunjukkan kad keahlian sebagai bukti.
  • Pengaksesan Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) untuk ahli luar adalah dibenarkan di dalam Perpustakaan sahaja. Sekiranya PDDT berkenaan mempunyai ID dan kata laluan, staf Perpustakaan akan memasukkan kata laluan yang diperlukan.

Borang Permohonan Keahlian Luar