Definisi

Sistem pembekalan penerbitan merupakan satu perkhidmatan yang berasaskan perkongsian maklumat bagi Perpustakaan di Malaysia. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan meminjam bahan asal atau memperolehi bahan salinan yang tidak terdapat di Perpustakaan UiTM. Pelanggan yang layak mendapat perkhidmatan ini boleh memohon bahan yang diperlukan melalui pihak Perpustakaan.

Perkhidmatan SPP di Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka

Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka merupakan ahli konsortium SPP Malaysia dan didaftarkan keahlian dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Perkhidmatan SPP di Perputakaan UiTM Cawangan Melaka terbahagi kepada 3 kategori iaitu :

  • SPP Dalaman (permohonan pelanggan di Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka)
  • SPP Luaran (permohonan Perpustakaan kampus cawangan/negeri UiTM)
  • SPP Luaran (Permohonan Ahli konsortium SPP Malaysia)

Perkhidmatan ini diberikan kepada pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran UiTM.

SPP Dalaman (permohonan pelanggan di Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka)

Permohonan pelanggan dalaman Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka untuk meminjam bahan dari perpustakaan luar. Jumlah permohonan buku dan artikel yang dibenarkan pada satu masa adalah seperti berikut:

 

Status

Jumlah Buku (Maksimum)

Jumlah Artikel (Maksimum)

Staf

 3

Pelajar

 3

 

Tempoh pinjaman adalah bergantung kepada kebenaran dari Perpustakaan Pembekal.

Caj dan bayaran (Bahan fotokopi)

  1. Kadar bayaran ditetapkan oleh Perpustakaan Pembekal
  2. Pemohon perlu menjelaskan bayaran (caj bahan, caj perkhidmatan dan bayaran pos) pada masa bahan diambil.

SPP Luaran (Permohonan Perpustakaan kampus cawangan/negeri UiTM)

Permohonan diterima daripada perpustakaan kampus-kampus cawangan/negeri di UiTM. Peraturan dan kelayakan pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Maksimum 20 buah buku pada satu – satu masa
  2. Tempoh pinjaman – sebulan (28 hari)
  • Bahan yang dibenarkan untuk peminjaman adalah buku (koleksi terbuka) dan artikel sahaja
  1. Pembaharuan bahan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan sekiranya bahan tidak dipulangkan, pinjaman bahan seterusnya tidak akan dilakukan.

SPP Luaran (Permohonan Ahli konsortium SPP Malaysia)

Permohonan diterima daripada organisasi yang menganggotai konsortium SPP untuk meminjam bahan di Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka. Peraturan dan kelayakan pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Maksimum 10 buah buku pada satu-satu masa
  2. Tempoh pinjaman – sebulan (28 hari)
  • Bahan yang dibenarkan untuk peminjaman adalah buku (koleksi terbuka) dan artikel sahaja.
  1. Pembaharuan bahan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan sekiranya bahan tidak dipulangkan, pinjaman bahan seterusnya tidak akan dilakukan.

Prosedur permohonan SPP

  1. Pelanggan dikehendaki mengisi borang SPP iaitu Borang PUiTM(KM-UPPPK)/SPP/3/2006/Pind.2017 yang terdapat di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan atau mencetak borang yang terdapat di Portal Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.
  2. Borang SPP perlu diisi dengan lengkap dan betul untuk mempercepatkan proses permohonan.
  • Borang yang lengkap diisi diserahkan kepada staf SPP/Staf Kaunter Perkhidmatan Pelanggan atau staf Perpustakaan Khusus untuk tindakan selanjutnya.
  1. Tempoh untuk mendapatkan bahan adalah di antara satu hingga tiga minggu (1-3 minggu) dan bergantung kepada keberadaan bahan di Perpustakaan Pembekal.
  2. Pelanggan akan diberitahu melalui emel/ telefon apabila bahan diterima oleh Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.
  3. Pelanggan dikehendaki mengambil bahan yang diperlukan dengan kadar segera di kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
  • Tempoh pinjaman bergantung kepada perpustakaan pembekal.
  • Bahan-bahan yang dipinjam perlu dipulangkan selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh pemulangan.
  1. Pelanggan perlu memaklumkan kepada staf SPP sekiranya ingin memperbaharui pinjaman (sebelum tarikh pemulangan). Pembaharuan pinjaman bahan hanya boleh dibuat sekali sahaja
  2. Bagi bahan yang dikenakan caj (Permohonan luar negara), pemohon dikehendaki membuat pembayaran semasa menerima bahan.
  3. Sekiranya pemulangan bahan tidak dilakukan dalam tempoh 6 bulan oleh perpustakaan peminjam, Perpustakaan UiTM akan menganggapnya sebagai buku hilang. Perpustakaan peminjam hendaklah membayar mengikut ketetapan harga buku dan harga proses RM 20.00

Borang Pinjaman Buku Antara Perpustakaan